Pada hari Selasa yang lepas,15 Disember 2009,aku telah menjalani sesi temuduga dan ujian bertulis di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun bagi pemilihan pelajar tingkatan 1 tahun 2010. Pada awal peringkat,aku telah dikehendaki untuk menghafal 1 muka surat ayat Al-Quran selama 30 minit. Ujian seterusnya pula ialah sesi temuduga bersama dua orang panel temuduga dan akhir skali ialah ujian bertulis yang berkaitan Al-Quran,tajwid dan jawi. Baru-baru ini, aku telah menerima panggilan yang menyatakan bahawa aku telah lulus dalam sesi temuduga tersebut. Aku berasa sangat gembira dan bersyukur dan aku berharap Imtiaz dapat membantu aku untuk mencapai cita-citaku ke menara gading.


No comments:
Post a Comment